Friday, 30 October 2015

Hak Bersuara: Berani


Lagu berani ini adalah lagu yang memberi erti kepada kita sebagai manusia untuk berani mempertahankan hak bersuara. Berani kerana benar untuk menegakkan kebenaran. Berani memperkatakan apa yang perlu diketengahkan. Berani untuk semua tujuan walaupun kadangkala pahit untuk diperkatakan. Hak bersuara itu untuk semua tidak tertakluk sesetengah individu, malah hak bersuara ini mampu menjadikan seseorang itu berani.



Bagai pasak Gunung bumi Terbentang

Tidak goyah walau dilanda angin
Kencang
Kerana ianya bagaikan
Kebenaran dan kemestian

Bagai deras sungai setelah hujan
Tak putus walau dibelah seribu pedang mengalir bagaikan ianya kepastian
Tak kan terhalang

Berani kerana aku benar
Tiada apa harus ku takutkan

Berdiri Teguh
Bagai deras sungai setelah hujan
Tak putus walau dibelah seribu pedang 
mengalir bagaikan ianya kepastian
Tak kan terhalang

Berani keranaku benar
Tiada apa harus kuragukan
Ku berdiri teguh 
Tiada apa harus kuragukan

Berani kerana ku benar
Tiada apa harus kutakutkan
Ku berdiri teguh (kerana aku benar)

Berani kerana benar
Tiada apa harus kau takutkan

Berdiri Teguh
Aku berani kerana aku benar (kerana aku benar)
Tiada apa harus kuragukan

 Ku berdiri teguh
 Berani kerana aku benar


Yasin Sulaiman/ Faizal Tahir
Hush Entertainment
violins by Tengku Ryo
bass by Kelly
guitars by Faizal Tahir
children vocals by Sameer, Malaika, Mikaeel Zidane & Raudhah Nur Iman

KEBEBASAN ASASI WARGANEGARA MALAYSIA

KEBEBSAN DIRI
Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
Seseorang warganegara tidak boleh ditahan oleh pihak polis lebih 24 jam kecuali setelah dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapat perintah tahanan.
Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh bagi membolehkannya berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguam tersebut.
Jika seseorang warga negara itu ditangkap dengan tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

PENGABDIAN DAN KERJA PAKSA
tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang membuat peruntukan bagi tujuan perkhidmatan kerahan tenaga bagi maksud negara.

PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH YANG BERKUATKUASA KEBELAKANGAN DAN PERBICARAAN BERULANG

Tiada warganegara yang boleh dihukum kerana mereka ketinggalan di mana sebelum itu kesalahan itu tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada satu-satu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama. Kecuali sekiranya perintah pembebasan tersebut dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi daripada ia dibebaskan.

SAMA RATA
Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan mereka berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan daripada aspek agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.

LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK
Tiada warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki persekutuan.
Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermustautin di mana-mana bahagiannya.

KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN PERSATUAN.
Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.
Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman.
Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

KEBEBASAN BERAGAMA
Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

HAK-HAK BERKENAAN DENGAN PENDIDIKAN
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.

HAK TERHADAP HARTA
Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.


Sumber Daripada 
https://zanas.wordpress.com/kewarganegaraan/kebebasan-asasi-warganegara-malaysia/


Pendapat saya adalah, kita sebagai warga negara perlu menitik beratkan setiap hak-hak yang ada supaya sama-sama menghormati antara satu sama lain. Undang-undang yang ada boleh menjadikan asas pengukuhan untuk mempertahankan setiap hak manusia itu. Jika hak-hak ini kita ambil sebagai satu rujukan dan diguna pakai untuk informasi, hak ini akan diketahui oleh semua masyarakat tentang kepentingannya.