Friday, 30 October 2015

KEBEBASAN ASASI WARGANEGARA MALAYSIA

KEBEBSAN DIRI
Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
Seseorang warganegara tidak boleh ditahan oleh pihak polis lebih 24 jam kecuali setelah dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapat perintah tahanan.
Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh bagi membolehkannya berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguam tersebut.
Jika seseorang warga negara itu ditangkap dengan tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

PENGABDIAN DAN KERJA PAKSA
tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang membuat peruntukan bagi tujuan perkhidmatan kerahan tenaga bagi maksud negara.

PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH YANG BERKUATKUASA KEBELAKANGAN DAN PERBICARAAN BERULANG

Tiada warganegara yang boleh dihukum kerana mereka ketinggalan di mana sebelum itu kesalahan itu tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada satu-satu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama. Kecuali sekiranya perintah pembebasan tersebut dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi daripada ia dibebaskan.

SAMA RATA
Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan mereka berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan daripada aspek agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.

LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK
Tiada warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki persekutuan.
Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermustautin di mana-mana bahagiannya.

KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN PERSATUAN.
Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.
Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman.
Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

KEBEBASAN BERAGAMA
Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

HAK-HAK BERKENAAN DENGAN PENDIDIKAN
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.

HAK TERHADAP HARTA
Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.


Sumber Daripada 
https://zanas.wordpress.com/kewarganegaraan/kebebasan-asasi-warganegara-malaysia/


Pendapat saya adalah, kita sebagai warga negara perlu menitik beratkan setiap hak-hak yang ada supaya sama-sama menghormati antara satu sama lain. Undang-undang yang ada boleh menjadikan asas pengukuhan untuk mempertahankan setiap hak manusia itu. Jika hak-hak ini kita ambil sebagai satu rujukan dan diguna pakai untuk informasi, hak ini akan diketahui oleh semua masyarakat tentang kepentingannya.

8 comments:

  1. Setiap yg bernyawa mempunyai hak tersendiri.. Hak yg ada perlu berlandaskan syariat islam.
    Siti norbaya binti ahmad ( gb02426)

    ReplyDelete
  2. Setiap yg bernyawa mempunyai hak tersendiri.. Hak yg ada perlu berlandaskan syariat islam.
    Siti norbaya binti ahmad ( gb02426)

    ReplyDelete
  3. Syukur dengan hak warganegara y diperoleh...alhamdulillah..
    Hanisah binti Abdul Rahim (GB02438)

    ReplyDelete
  4. Syukur dengan hak warganegara y diperoleh...alhamdulillah..
    Hanisah binti Abdul Rahim (GB02438)

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula hak warganegara yang berstatus pondan? Isu ini menjadi beban kepada pihak kerajaan yang tidak pasti dimanakah tempat yang sesuai untuk mereka. Baru-baru ini, seorang banduan yang telah menukar jantinanya daripada lelaki kepada wanita. Dia dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana telah menyerang pelanggan disebuah bar. Setelah dibicarakan, beliau didapati bersalah dan dihukum penjara. Oleh kerana penampilan diri (sebagai wanita) dan identiti pada kad pengenala tidak sama (tertera lelaki). maka mahkamah menetapkan bahawa dia dihantar ke penjara lelaki... boleh tak anda bayangkan bagaimana penjara yang dihuni kaum lelaki di diami bersama-sama pondan? tak aniya ke?

    Iktibar dari kisah ini, jangan sekali-kali kita mencabul hak diri kita sebagai warganegara bahkan hak kita sebagai manusia. Allah menciptakan kita amat sempurna, mengapa perlu kita tukar kepada sesuatu yang Allah tidak redha? Dikongsikan pengalaman seorang lelaki yang berkongsi penjara dengan pondan di link http://attarbiyyah.tripod.com/kisah/pondan.html


    Asma Isa - GB02369

    ReplyDelete
  6. bismillah...hak bersuara bg saya yg berlandaskan ilmu yg dbenarkan syarak...wallahuaklam..syukur atas nikmat allah yg menganugerahkan kita akal yg boleh membezakan hak dan batil.
    ~sitirahajaafar Gb02462

    ReplyDelete
  7. memang banyak hak hak yang ada di malaysia mahupun diluar sana.. cuma kita yang tidak menggunakan sebaik mungkin.. dan ada juga yang menggunakan hak tetapi tidak dipedulikan oleh orang atasan...
    khairiah abdul hadi gb02488

    ReplyDelete
  8. memang banyak hak hak yang ada di malaysia mahupun diluar sana.. cuma kita yang tidak menggunakan sebaik mungkin.. dan ada juga yang menggunakan hak tetapi tidak dipedulikan oleh orang atasan...
    khairiah abdul hadi gb02488

    ReplyDelete